Wednesday, May 11, 2011

MAAF, IZINKAN AKU UNTUK MEMINJAM SEMINIT SAHAJA DARI MASA KAMU...


by Hafiz Rustam on Wednesday, May 11, 2011 at 8:06pm


Satu Minit pertama....

Aku ungkapkan salam dari hati dengan niat ingin mengenali dan mendekati kamu wahai sahabatku....

Satu minit berikutnya....

Aku perkenalkan diri dengan niat agar diketahui keikhlasan dan kebenaran identiti...

Satu minit seterusnya....

Aku bertanya akan soalan yang sama dengan harapan aku menerima jawapan yang ikhlas hendaknya...

Satu minit kemudianya....

Aku sudah niatkan ke dalam hati, agar setiap perkenalan dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan serta aku percaya

bahawa Dia tidak pernah menemukan aku dengan orang yang salah...

Satu minit akan datang....

Aku hanya berharap niat baik ku dibalas dengan persahabatan yang ikhlas tidak kira lelaki, wanita, tua, muda, miskin, kaya, berlainan budaya dan bangsa...

Satu minit selamanya....

Andai aku pergi dahulu sebelum kamu wahai sahabat-sahabatku, percayalah aku tidak mahu kamu memakan masa yang lama utk berada di pusaraku, cukup hanya Satu minit, dari masa kamu utk sedekahkan doa, Fatihah, Al-Ikhlas, Al- Falaq dan An-nas kerana itu sudah cukup bagi diriku melalui Satu minit seterusnya di alam yang lain...

Terima kasih kerana meminjamkan Satu minit dari masa kamu.......

-hafiz rustam-......


Monday, April 4, 2011

PESAN KU BUAT PARA WANITA, DARIPADA APA YANG KU LIHAT, DENGAR DAN RASA

Assalamualaikum semua, salam sejahtera....


Untuk nota kali ini, saya ingin berkongsi pendapat bersama kawan-kawan, especially kaum hawa...kaum adam "kau tunggu di sana" hahaha...gurau gurau... (^^)


Saya tertarik dengan majalah ANIQAH bulan ini, (Owh, for those who didnt know, saya memang suka baca majalah-majalah ilmiah...hehehe) ...isu bulan april bnyak berkisar tentang prihal wanita yang penuh dilema dan yang lebih menarik perhatian saya adalah isu-isu "Dilema wanita bujang","Dilema wanita Janda","Dilema wanita yg belum mendapat cahaya mata setelah sekian lama" dan "Dilema wanita yang dikurniakan banyak anak"... Saya tidak akan menyentuh isu-isu tersebut secara keseluruhan jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya syorkan kawan-kawan semua membaca majalah ANIQAH edisi bulan April (cover depan dia Ina Naim dan Suami)...


Hari ke hari kita selalu mendapat berita yang kurang enak berkenaan kaum hawa. Ada yang terlibat dalam pelbagai kes menyatakan diri mereka sebagai mangsa keadaan dan ada juga yang mengatakan mereka terpaksa melakukan, tidak ketinggalan mereka yang dengan rela hati untuk melakukan pelbagai kesalahan.


Secara logiknya, saya beranggapan wanita tergolong dalam golongan yang lemah lembut, bersopan santun dan penuh dengan harga diri yang tinggi. Persoalannya, kenapa perlu ada kes-kes seperti, rogol, buang bayi, melibatkan diri dalam gangsterisme dan yang lebih mengejutkan pergaduhan sesama sendiri yang disaksikan oleh orang ramai yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan lelaki yang akan bertempik sorak melihat telatah yang memalukan kaum hawa itu sendiri.


Kawan-kawan, isu ini sebenarnya adalah isu-isu yang berbangkit. Saya tidak menyatakan yang saya memandang rendah kepada kemampuan dan kebolehan kaum hawa kerana saya tahu, tidak semua golongan wanita itu adalah golongan wanita yang bermasalah kerana masih ramai lagi wanita luar sana yang baik budi pekerti, elok paras rupa dan sempurna ajaran agamanya.


Justeru eloklah untuk saya berkongsi pada kawan-kawan saya yang sedang membaca, betapa besar dan sehebat mana pun dugaan yang kita lalui dalam hidup ini, itu semua adalah cubaan dan ujian dari Allah SWT untukNya melihat dan menilai sejauh dan setinggi mana Iman kita terhadapNya. Kita mengaku kita Islam, Kita mengaku Allah SWT itu TUhan kita dan kita mengaku Muhammad itu Nabi kita tapi, Islamkah kita kalau hanya ada pada nama tetapi Solat kita masih tak dijaga? Islamkah kita kalau kita masih lagi leka dan lalai atas segala benda yang terdapat di dunia lalu mengabaikan apa yang perlu kita bekalkan ke Akhirat kelak?


Bukan ingin menunjuk yang diri ini sempurna, saya pun seperti kawan-kawan di luar sana, tidak kiralah lelaki atau wanita, masih bnyak kekurangan dan kelemahan. Jadi bersama-samalah kita berpesan dan mengingati menerusi ayat-ayat petikan Al-Quran di bawah ini yang juga menjadi jawapan kepada soalan-soalan seperti "Adakah Allah akan bantu aku?", "Adakah Allah akan mendengar doaku?" atau "Adakah doaku akan diterima dan dimakbulkan?".....


KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG DIIDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal, ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah, ayat 286)


KENAPA RASA KECEWA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali-Imran, ayat 139)


BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu pada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali-Imran, ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan Sembahyang; dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah, ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada diri orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (Surah At-Taubah, ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah, ayat 129)


AKU SUDAH TIDAK TAHAN LAGI...

"...Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 12)


Kawan-kawan, petikan ayat-ayat Al-Quran di atas sangat jelas bahawa, Allah SWT mengetahui, melihat, mendengar, memahami, menguji dan mendorong kita agar sentiasa beriman serta tidak leka dan lalai untuk mengingatiNya dalam apa jua perkara yang kita lakukan setiap hari.

Ya benar, kita akan melakukan dosa setiap hari dan setiap masa, tetapi sebesar mana pun dosa yang kita lakukan, lebih besar lagi PENGAMPUNAN dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada kita. Walaubagaimana pun kita harus sedar setiap perbuatan baik atau jahat, Allah akan mengadilinya dan membalas dengan balasan yang setimpal sekiranya kita masih hidup di dunia ini. Sebab itulah Allah banyak menurunkan ujian pada kita. Namun kawan-kawan, Allah itu MAHA ADIL, MAHA PENYAYANG, Dia tidak akan membalas atau menguji kita sesuka hati tanpa memimikirkan kesanggupan kita, tetapi masih lagi ramai di kalangan kita (termasuk saya) yang mengeluh apabila diuji dalam kehidupan ini sedangkan Rahmat dan redha Allah itu sangat luas dan besar...


Akhirnya, para wanita, saya berpesan...ingatlah, sesungguhnya kamu adalah kaum yang ramai menghuni syurga, tetapi kamu juga adalah kaum yang ramai menghuni neraka. Pesanku, jadilah apapun yang ingin kamu jadi hari ini, kejarlah apa yang kamu ingin kejar di dunia ini dan carilah apa yang patut kamu cari untuk memuaskan kehendak diri. Tetapi beringatlah, Usaha, kejar dan carilah redha Allah, keampunanNya serta perlindunganNya dengan penuh pengharapan. Semoga satu hari di kehidupan seterusnya InsyaAllah, kita sama-sama akan menikmati indahnya berada di Syurga....


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca, semoga memberi manfaat hendaknya...Amin....



~~Hafiz Rustam.... (^^)v

Aku Harus Jujur (Kerispatih) cover by. Hafiz Rustam

Putri Iklan (cover. By Hafiz Rustam)

Thursday, March 31, 2011

MAAF BUKAN, TAPI BUKAN SEKARANG...

As usual, im walking around by myself (mencari, ilham la kononnyer...) suddenly im being approach by this woman and the dialog goes like this...


her: hi..


me: hi hi (with a smirking smily face hehehe)


her: amboi, buat muka nmpak :P


me: ha? mana ada buat muka, ni muka mcm biasa la...


her: Apa kabar? lama x dgr berita... :)


me: ha? aku sihat jer...lama x dgr berita? hurm, leh checkout my FB, even bleh tgk my channel kat utube :) klu tgk dua2 tu kira dpt tahu berita kan kan kan :)

her: aik? marah ker?...hurm, sorry x da masa la mo FB2 ni, bosan, lagipun klu on account FB sekarang nnti my EX kacau

lagi...*


(*dialognya seolah-olah nak bagi tau aku yg dia single hahaha)


me: Owh, jadi buat apa jalan dekat waterfront ni sorang2? x takut nnti "Ex" tu datang kacau ker?


her: Erm, kebetulan jer jalan2 kat sini tiba2 dari jauh nmpak ko, so aku tegur la :) xpa Ex ku bukan ada

kat sini sekarang...so dont worry... :)


me: worry?? wah, geli perut ku mendengar hahaha...


Kami: Ketawa mcm buat buat ketawa, sinis sinis...


her: ko, single lagi?


me: (uih sound direct dia ni) ah? aku? erm, baru clash, so kira skarang single la, knapa?


her: hurm...ada can la ni...hehehe...


me: ha? can apa??


her: ya la, utk kita....alaa faham jer la...


me: err...sorry, minta maaf sangat2, klu tujuan ko terserempak dengan aku semata-mata nak cari peluang utk kita, wrong place, wrong timing...yup, secara zahirnya aku single, tapi hati dan perasaan aku masih lagi sama dengan

si Dia, biarpun aku mcm ni, sendiri at least aku bahagia sbb still dapat rasa cinta utk Dia...


her: (buat muka kecewa)...so x da peluang lagi?


me: Im sorry...aku menjadi bukan aku semenjak beberapa bulan ni...cukuplah aku banyak bergelumang dengan dosa

atas tingkah ku yg aku sedar sememangnya itu bukan aku. Aku jadi sangat buruk, aku jadi sangat hina, aku jadi

sangat jijik. Sekarang, Allah bagi aku peluang kepada aku untuk aku menjadi yang asal semula, aku perlu bersihkan

diri. Untuk sementara ni, cinta bukanlah sesuatu yang penting utk ku. Andai ada, biarlah cinta tu datang sendiri...


her: Inikah kau yang sebenarnya? mengapa x bagi peluang utk kita? bagus sangat ka Ex kau tu sampai buat ko mcm ni??


me: Yer!! dia memang bagus (wah dah mula marah ni) kalau bukan kerana dia, aku akan terus jadi buta...dibutakan

dengan dunia, dengan kehendak....nafsu...sekurang-kurangnya, walaupun kami terpisah dan mungkin xda jodoh

bagi kami, tapi biarlah dengan cinta ni kalau membantu aku dekat pada Tuhan, aku akan simpan...


her: (mata begenang) Sorry sebab tinggalkan kau dulu untuk aku kejar Ex ku...aku mengaku aku x suka, aku bosan

sifat kau yang terlalu lurus, wara' dan taat pada Agama sampai dulu masa kita dating pun x pernah utk aku pegang

tangan mu sbb kau x bagi...sekarang baru aku faham...kau bukan diri kau selepas aku tinggalkan kau, betulkan??


me: (silence, what she said was true...)....


her: Aku minta maaf bnyak2...aku sedar aku da buat silap pada kau, kau terlalu setia pada cinta dan agama, cara

kau mencintai pun sangat berbeza, dan iya, mmg sangat unik jugak...org lain becinta, selalu jumpa, pegang tangan,

peluk2, malah mcm suami isteri...tapi masa kita bersama dulu semua haram, aku jadi bosan...


me: (senyum sinis)...dan kau tinggalkan aku di kala aku merasa sangat bahagia, dan akhirnya aku bertukar menjadi

bukan diriku, menurut segala kehendak nafsu yang aku sangka akan membuatkan aku gembira...syukurlah aku dah

sedar semula, dan diberi kesempatan utk aku betulkan diri aku ...


her: Xda peluang utk kita ker?...(airmata mengalir...)


me: MAAF, SEKARANG BUKAN MASANYA...xda peluang utk kita, aku dapat rasa hati aku terikat utk dia, aku sedia

menunggu dia walau aku x ditakdirkan utk dia di dunia ni...andai betul2 ada jodohku dengan sesiapa pun, aku

anggap itu adalah anugerah Allah utk aku sekurang-kurangnya merasa nikmat hidup di Dunia ni, dan masa itulah

cinta ku akan ku curahlan sepenuhnya utk isteri ku...Tapi buat masa ni, cinta masih lagi utk dia...jadi aku harap

kau faham....


her: (menangis...) Kan bagus klu aku bleh putar balik masa...terima kau seadanya dulu...


me: tak perlu :) sbb Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...


Yerp, aku menahan sebak, tapi bukan kerana dia, tapi kerana seseorang yang telah merubah aku dan menyedarkan aku untuk kembali seperti aku yang sebenar...memang sukar utk kita melupakan cinta yang telah bnyk mengubah hidup kita, hargailah segala kenangan dan simpan dalam ingatan. InsyaAllah, Allah akan temukan kita dengan jodoh yang sangat2 baik utk kita tapi tidak salah bagi kita utk mengharapkan seseorang, kerana Allah itu Maha Pemurah....



-hafiz rustam-....

Tuesday, March 29, 2011

PETUA UNTUK HIDUP LAMA!!!

Assalamualaikum semua!! (^^)v, tekejut x tgk tajuk kat atas?? weee....hehehe, x da apa yang perlu dihairankan tetapi inilah hakikat yang ramai di antara kita yang tidak sedar sememangnya ada petua untuk kita merasa "Hidup Lebih Lama" (^^)...bukan bermakna kehidupan di dunia ini lebih penting berbanding apa yang kita akan lalui di kehidupan seterusnya sesudah mati tetapi cuba kawan-kawan semua fikirkan :-


* Sudah cukupkah amalan kita di dunia??

* Banyak x kita mengerjakan pahala berbanding dosa??

* Bersediakah kita melalui zaman tua kita sedangkan masa muda kita masih mahu bergembira??

* Adakah kita telah bersedia untuk melalui saat-saat kematian??


Banyak lagi persoalan lain yang boleh kita kaitkan dengan perkara di atas kerana kesimpulannya adalah, persediaan kita untuk melalui peringkat kehidupan akan datang yang mana hampir semua di antara kita merasakan masa itu sangat pantas berlalu. Buktinya semakin ramai di antara kita yang mengeluh "Haish, cepatnya masa berlalu..." , "Cubalah kalau aku dapat putar masa kembali..."


Ok, ok, saya harap kawan-kawan faham akan maksud saya sekarang (^^) sebab itulah saya ingin berkongsi pendapat dan teknik bagaimana untuk kita merasa "Hidup Lebih Lama" dan "Masa terasa lambat berlalu"... terlebih dahulu saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan antara punca dan kenapa kita merasakan masa itu berlalu adalah seperti berikut :-


1. Terlalu memberikan tumpuan pada kerja sehingga tiada masa utk menghargai diri sendiri dan masa.

2. Mengamalkan trend melakukan sesuatu perkara tanpa mengatur atau merancang masa.

3. Masa TIDUR yang tidak teratur.

4. Mengejar keduniaan dengan memberikan keutamaan kepada kehendak nafsu.

5. Tidak menjaga amal ibadah.

6. Memperbanyakkan aktiviti yang sia-sia.


Punca-punca ini adalah sebahagiaan daripada apa yang saya rasa dan lalui sendiri dan ternyata ada kebenarannya. Kawan-kawan sendiri ada pendapat masing-masing berkenaan punca kenapa kita merasakan masa itu terasa cepat berlalu, ini jelas menunjukkan kita semua sangat-sangat mengambil berat akan isu ini jadi di sini saya ingin berkongsi kepada anda cara "Petua Nak Hidup Lama"...


1. Memperelokkan Amal ibadah kepada Allah dengan selalu menjaga waktu solat kita dan sucikan diri dengan banyak membaca Al-Quran serta berzikir. InsyaAllah, setiap masa yang kita isi dengan beramal pada Allah bukan sahaja tidak sia-sia, malah kita dikurnia dengan pahala yang sangat banyak.


2. Aturlah masa sebaik mungkin. Seeloknya, menulis atau menyediakan jadual dan tetapkan setiap aktiviti mengikut aturan masa yang kita sendiri tetapkan. Dengan cara ini, insyaAllah masa kita sentiasa terisi dengan lebih terancang dan efektif.


3.Manjakan diri. (^^), (bukan mnja yang ehem2, k hehehe). Memanjakan diri di sini membawa maksud kepada, menjaga Kesihatan dan Kebersihan diri dan persekitaran serta mengawal cara pemakanan dan banyakkan beriadah. ( kawan-kawan fikirlah, takkan nak habiskan masa terperap dalam bilik atau wad hospital kan? ) ...


4.Aturlah masa tidur dengan sesuai. Jangan tidur pada lewat malam dan bangun lewat pagi, percayalah kalau kita bangun lambat, bila malam menjelma kita pasti akan merasa masa itu sememangnya sangat pantas belalu...lakukan dan mulakan aktiviti harian anda seawal pagi dan rehat secukupnya pada waktu malam (^^)v...


Ok!!, itulah antara petua-petua mudah untuk kita ingin hidup lebih lama. Pesanan ringkas ini saya kongsikan untuk tatapan kawan-kawan dan diri saya sendiri. Mudah-mudahan membawa kepada kebaikan, insyaAllah...semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati serta dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Aminn....


Salam sayang semua (^^)v....


-hafiz rustam-

Saturday, March 26, 2011

Nak tak jadi Girlfriend saya kalau.....

Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

bila saya kata hanya ungkapkan I Love You sekali sehari tapi bila kita dah kawin saya akan ucap kan I Love You For the rest of my life setiap hari??


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

bila kita jalan bersama, saya takkan pegang tgn awak, tapi bila kita dah kawin saya akan pimpin awak ke arah kebahagiaan...


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

bila kita dating, saya takkan peluk awak, tapi bila kita dah kawin saya akan dakap awak setiap masa terutama pada waktu bila awak teramat perlukan saya...


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

bila kita berjauhan saya merindui awak, tapi bila kita dah kawin, saat kita berjauhan saya amat mendambakan kasih dan sayang awak setiap masa??


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

bila kita keluar dating kita share 50-50 klu nak kluar shopping, sbb bila kita kawin segala permintaan dan keinginan zahir dan batin awak akan saya lengkapkan apa lagi untuk memberikan nafkah dan hadiah yang istimewa untuk awak??


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

kita jarang berjumpa tapi sentiasa berhubung dan bila kita dah kawin nanti saya akan selalu bersama dengan awak dan bermanja dengan awak setiap hari...??


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

kita tak dating pada hari jumaat sbb saya nak bnykkan amal, sebab nnti bila kita dah kawin saya akan jadi imam kepada awak dan yang akan menanggung segala dosa awak dan anak-anak kita...


Nak tak jadi gf saya kalau saya kata...

cinta itu mudah, bila saya kata saya sayang awak maksudnya saya sayang awak bukan kerana nafsu tetapi keranaAllah telah anugerahkan awak pada saya, kerana bila kita dah kawin nanti, awaklah segalanya untuk saya, awaklah pelengkap hidup saya, awaklah tempat saya mengadu, tempat saya menitiskan airmata, tempat saya meluah rasa, tempat saya untuk bermanja dan saya andai saya dikurnia syurga awaklah bidadari saya...


Sekarang, ada tak yang ingin jadi gf saya??....



-Hafiz Rustam-..... (^^)

Saturday, March 19, 2011

I LOVE YOU "STACY" hehehehe

~~"Stacy"...kaulah cinta hidupku yg selalu ada dengan ku. Masa aku sakit kau pun ada di sampingku, baru aku sedar yg selama ini, kaulah teman ku yg paling setia.kau sanggup menolak cinta dari "Maxx" dan membuang jauh cintamu pada "Jimmy" sungguhpun dia lagi hensem dari "Maxx". Keluarga ku juga telah sudi menerima kehadiran mu di rumah ku dan ibu ku pula berkenan dengan mu, tapi "Stacy", walau mcm mana pun kita tetap tidak ada jodoh, kerana kau dan aku sangat jauh berbeza.sangat2 jauh.namun aku bejanji, selagi kau ada di sisi ku, aku akan sntiasa membelai, menjaga dan memandikan kau...sayang "Stacy"...

Wednesday, March 16, 2011

CORET CORETAN KU YANG BERCORET...

~~Memang betul kata orang bijak pandai, "Kita akan menjadi diri kita yang lebih matang bila kita ditimpa sesuatu musibah atau masalah dan menuntut kita untuk menyelesaikannya dengan cara yang bijak dan positif".....

Kadangkala aku merasa menyesal kenapa dalam hidup ini perlu ada masalah dan kepayahan. Bukankah senang kalau semuanya berjalan dengan mudah dalam hidup ini? Tetapi, pada hakikatnya, inilah kehidupan. Tanpa masalah, kita tidak akan mampu untuk memajukan diri kita dan menjadikan diri kita matang walaupun pada hakikatnya masa itu terus berlalu seiring dengan usia kita. Sebab itulah Maha Bijaknya Allah SWT, mengurniakan akal fikiran, hati dan perasaan kepada makhluk yang dipanggil manusia. Dia tidak meletakkan akal fikiran kepada haiwan kerana itu adalah fitrah mereka namun Allah mengurniakan otak bagi mereka mengatur dan melakukan apa yang mereka mahu atas kehendak fitrah mereka sendiri.

Justeru, hadirnya Masalah dalam kehidupan sememangnya menuntut kita untuk menggunakan akal fikiran, hati dan perasaan sebagai seorang manusia kerana inilah satu-satunya nikmat yang Allah kurniakan pada kita yang juga membezakan kita antara makhluk-makhluk ciptaaanNya yang lain. Maka akhirnya aku sedar, segala masalah yang aku lalui dalam kehidupan ini sememangnya mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan bijak kerana, aku tahu setiap dari masalah yang datang itu, ada puncanya berserta hikmah tersembunyi di sebaliknya...

Sungguh aku bersyukur, dalam kepintaran mengatasi masalah-masalah ini, aku masih lagi dikurnia nikmat-nikmat yang patut aku syukuri....walaupun dengan pelbagai dugaan, aku bersyukur sebab Allah masih memberikan aku nikmat Iman dan Islam apa lagi nikmat kehidupan...Sunnguh aku selalu bersujud pada Mu Tuhan ku, kerana engkau Maha Mengetahui, Maha Mengasihi, Maha Pemurah dan segala puji hanya padamu....

Untuk kalian sahabat-sahabatku, bersabarlah dalam menempuh pelbagai dugaan dalam hidup ini...kerana sesungguhnya, ujian Allah itu adalah balasan atas segala dosa kita di dunia ini. Serta ujian itu juga adalah tanda betapa Allah sangat perihatin kepada kita dan memberi perhatian kepada kita bagiNya menilai berapa besar dan tinggi iman serta taqwa kita kepadaNYA...

Sahabat-sahabatku, janganlah mengeluh bila musibah datang kepadamu. Menangislah, atas segala kesalan dosa yang telah kita lakukan kerana tangisan yang berbaur keinsafan dan keredhaan itu sangat mulia bagi mereka yang ikhlas dan ingin mendekati yang Maha Azim....

Salam Pembuka semoga kita semua sentiasa mendapat redha Allah SWT....


~eev anad zif~~