Wednesday, May 11, 2011

MAAF, IZINKAN AKU UNTUK MEMINJAM SEMINIT SAHAJA DARI MASA KAMU...


by Hafiz Rustam on Wednesday, May 11, 2011 at 8:06pm


Satu Minit pertama....

Aku ungkapkan salam dari hati dengan niat ingin mengenali dan mendekati kamu wahai sahabatku....

Satu minit berikutnya....

Aku perkenalkan diri dengan niat agar diketahui keikhlasan dan kebenaran identiti...

Satu minit seterusnya....

Aku bertanya akan soalan yang sama dengan harapan aku menerima jawapan yang ikhlas hendaknya...

Satu minit kemudianya....

Aku sudah niatkan ke dalam hati, agar setiap perkenalan dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan serta aku percaya

bahawa Dia tidak pernah menemukan aku dengan orang yang salah...

Satu minit akan datang....

Aku hanya berharap niat baik ku dibalas dengan persahabatan yang ikhlas tidak kira lelaki, wanita, tua, muda, miskin, kaya, berlainan budaya dan bangsa...

Satu minit selamanya....

Andai aku pergi dahulu sebelum kamu wahai sahabat-sahabatku, percayalah aku tidak mahu kamu memakan masa yang lama utk berada di pusaraku, cukup hanya Satu minit, dari masa kamu utk sedekahkan doa, Fatihah, Al-Ikhlas, Al- Falaq dan An-nas kerana itu sudah cukup bagi diriku melalui Satu minit seterusnya di alam yang lain...

Terima kasih kerana meminjamkan Satu minit dari masa kamu.......

-hafiz rustam-......


Monday, April 4, 2011

PESAN KU BUAT PARA WANITA, DARIPADA APA YANG KU LIHAT, DENGAR DAN RASA

Assalamualaikum semua, salam sejahtera....


Untuk nota kali ini, saya ingin berkongsi pendapat bersama kawan-kawan, especially kaum hawa...kaum adam "kau tunggu di sana" hahaha...gurau gurau... (^^)


Saya tertarik dengan majalah ANIQAH bulan ini, (Owh, for those who didnt know, saya memang suka baca majalah-majalah ilmiah...hehehe) ...isu bulan april bnyak berkisar tentang prihal wanita yang penuh dilema dan yang lebih menarik perhatian saya adalah isu-isu "Dilema wanita bujang","Dilema wanita Janda","Dilema wanita yg belum mendapat cahaya mata setelah sekian lama" dan "Dilema wanita yang dikurniakan banyak anak"... Saya tidak akan menyentuh isu-isu tersebut secara keseluruhan jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya syorkan kawan-kawan semua membaca majalah ANIQAH edisi bulan April (cover depan dia Ina Naim dan Suami)...


Hari ke hari kita selalu mendapat berita yang kurang enak berkenaan kaum hawa. Ada yang terlibat dalam pelbagai kes menyatakan diri mereka sebagai mangsa keadaan dan ada juga yang mengatakan mereka terpaksa melakukan, tidak ketinggalan mereka yang dengan rela hati untuk melakukan pelbagai kesalahan.


Secara logiknya, saya beranggapan wanita tergolong dalam golongan yang lemah lembut, bersopan santun dan penuh dengan harga diri yang tinggi. Persoalannya, kenapa perlu ada kes-kes seperti, rogol, buang bayi, melibatkan diri dalam gangsterisme dan yang lebih mengejutkan pergaduhan sesama sendiri yang disaksikan oleh orang ramai yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan lelaki yang akan bertempik sorak melihat telatah yang memalukan kaum hawa itu sendiri.


Kawan-kawan, isu ini sebenarnya adalah isu-isu yang berbangkit. Saya tidak menyatakan yang saya memandang rendah kepada kemampuan dan kebolehan kaum hawa kerana saya tahu, tidak semua golongan wanita itu adalah golongan wanita yang bermasalah kerana masih ramai lagi wanita luar sana yang baik budi pekerti, elok paras rupa dan sempurna ajaran agamanya.


Justeru eloklah untuk saya berkongsi pada kawan-kawan saya yang sedang membaca, betapa besar dan sehebat mana pun dugaan yang kita lalui dalam hidup ini, itu semua adalah cubaan dan ujian dari Allah SWT untukNya melihat dan menilai sejauh dan setinggi mana Iman kita terhadapNya. Kita mengaku kita Islam, Kita mengaku Allah SWT itu TUhan kita dan kita mengaku Muhammad itu Nabi kita tapi, Islamkah kita kalau hanya ada pada nama tetapi Solat kita masih tak dijaga? Islamkah kita kalau kita masih lagi leka dan lalai atas segala benda yang terdapat di dunia lalu mengabaikan apa yang perlu kita bekalkan ke Akhirat kelak?


Bukan ingin menunjuk yang diri ini sempurna, saya pun seperti kawan-kawan di luar sana, tidak kiralah lelaki atau wanita, masih bnyak kekurangan dan kelemahan. Jadi bersama-samalah kita berpesan dan mengingati menerusi ayat-ayat petikan Al-Quran di bawah ini yang juga menjadi jawapan kepada soalan-soalan seperti "Adakah Allah akan bantu aku?", "Adakah Allah akan mendengar doaku?" atau "Adakah doaku akan diterima dan dimakbulkan?".....


KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG DIIDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal, ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah, ayat 286)


KENAPA RASA KECEWA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali-Imran, ayat 139)


BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu pada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali-Imran, ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan Sembahyang; dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah, ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada diri orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (Surah At-Taubah, ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah, ayat 129)


AKU SUDAH TIDAK TAHAN LAGI...

"...Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 12)


Kawan-kawan, petikan ayat-ayat Al-Quran di atas sangat jelas bahawa, Allah SWT mengetahui, melihat, mendengar, memahami, menguji dan mendorong kita agar sentiasa beriman serta tidak leka dan lalai untuk mengingatiNya dalam apa jua perkara yang kita lakukan setiap hari.

Ya benar, kita akan melakukan dosa setiap hari dan setiap masa, tetapi sebesar mana pun dosa yang kita lakukan, lebih besar lagi PENGAMPUNAN dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada kita. Walaubagaimana pun kita harus sedar setiap perbuatan baik atau jahat, Allah akan mengadilinya dan membalas dengan balasan yang setimpal sekiranya kita masih hidup di dunia ini. Sebab itulah Allah banyak menurunkan ujian pada kita. Namun kawan-kawan, Allah itu MAHA ADIL, MAHA PENYAYANG, Dia tidak akan membalas atau menguji kita sesuka hati tanpa memimikirkan kesanggupan kita, tetapi masih lagi ramai di kalangan kita (termasuk saya) yang mengeluh apabila diuji dalam kehidupan ini sedangkan Rahmat dan redha Allah itu sangat luas dan besar...


Akhirnya, para wanita, saya berpesan...ingatlah, sesungguhnya kamu adalah kaum yang ramai menghuni syurga, tetapi kamu juga adalah kaum yang ramai menghuni neraka. Pesanku, jadilah apapun yang ingin kamu jadi hari ini, kejarlah apa yang kamu ingin kejar di dunia ini dan carilah apa yang patut kamu cari untuk memuaskan kehendak diri. Tetapi beringatlah, Usaha, kejar dan carilah redha Allah, keampunanNya serta perlindunganNya dengan penuh pengharapan. Semoga satu hari di kehidupan seterusnya InsyaAllah, kita sama-sama akan menikmati indahnya berada di Syurga....


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca, semoga memberi manfaat hendaknya...Amin....



~~Hafiz Rustam.... (^^)v

Aku Harus Jujur (Kerispatih) cover by. Hafiz Rustam