Kadangkala aku merasa menyesal kenapa dalam hidup ini perlu ada masalah dan kepayahan. Bukankah senang kalau semuanya berjalan dengan mudah dalam hidup ini? Tetapi, pada hakikatnya, inilah kehidupan. Tanpa masalah, kita tidak akan mampu untuk memajukan diri kita dan menjadikan diri kita matang walaupun pada hakikatnya masa itu terus berlalu seiring dengan usia kita. Sebab itulah Maha Bijaknya Allah SWT, mengurniakan akal fikiran, hati dan perasaan kepada makhluk yang dipanggil manusia. Dia tidak meletakkan akal fikiran kepada haiwan kerana itu adalah fitrah mereka namun Allah mengurniakan otak bagi mereka mengatur dan melakukan apa yang mereka mahu atas kehendak fitrah mereka sendiri.
Justeru, hadirnya Masalah dalam kehidupan sememangnya menuntut kita untuk menggunakan akal fikiran, hati dan perasaan sebagai seorang manusia kerana inilah satu-satunya nikmat yang Allah kurniakan pada kita yang juga membezakan kita antara makhluk-makhluk ciptaaanNya yang lain. Maka akhirnya aku sedar, segala masalah yang aku lalui dalam kehidupan ini sememangnya mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan bijak kerana, aku tahu setiap dari masalah yang datang itu, ada puncanya berserta hikmah tersembunyi di sebaliknya...
Sungguh aku bersyukur, dalam kepintaran mengatasi masalah-masalah ini, aku masih lagi dikurnia nikmat-nikmat yang patut aku syukuri....walaupun dengan pelbagai dugaan, aku bersyukur sebab Allah masih memberikan aku nikmat Iman dan Islam apa lagi nikmat kehidupan...Sunnguh aku selalu bersujud pada Mu Tuhan ku, kerana engkau Maha Mengetahui, Maha Mengasihi, Maha Pemurah dan segala puji hanya padamu....
Untuk kalian sahabat-sahabatku, bersabarlah dalam menempuh pelbagai dugaan dalam hidup ini...kerana sesungguhnya, ujian Allah itu adalah balasan atas segala dosa kita di dunia ini. Serta ujian itu juga adalah tanda betapa Allah sangat perihatin kepada kita dan memberi perhatian kepada kita bagiNya menilai berapa besar dan tinggi iman serta taqwa kita kepadaNYA...
Sahabat-sahabatku, janganlah mengeluh bila musibah datang kepadamu. Menangislah, atas segala kesalan dosa yang telah kita lakukan kerana tangisan yang berbaur keinsafan dan keredhaan itu sangat mulia bagi mereka yang ikhlas dan ingin mendekati yang Maha Azim....
Salam Pembuka semoga kita semua sentiasa mendapat redha Allah SWT....
~eev anad zif~~
da jumpa :) huhu , teruskan update your blog , brother . kata-kata yang mampu memberi semangat kepada sya dan yang membaca blog ni :D keep in touch . assalamualaikum .
ReplyDelete