Tuesday, March 29, 2011

PETUA UNTUK HIDUP LAMA!!!

Assalamualaikum semua!! (^^)v, tekejut x tgk tajuk kat atas?? weee....hehehe, x da apa yang perlu dihairankan tetapi inilah hakikat yang ramai di antara kita yang tidak sedar sememangnya ada petua untuk kita merasa "Hidup Lebih Lama" (^^)...bukan bermakna kehidupan di dunia ini lebih penting berbanding apa yang kita akan lalui di kehidupan seterusnya sesudah mati tetapi cuba kawan-kawan semua fikirkan :-


* Sudah cukupkah amalan kita di dunia??

* Banyak x kita mengerjakan pahala berbanding dosa??

* Bersediakah kita melalui zaman tua kita sedangkan masa muda kita masih mahu bergembira??

* Adakah kita telah bersedia untuk melalui saat-saat kematian??


Banyak lagi persoalan lain yang boleh kita kaitkan dengan perkara di atas kerana kesimpulannya adalah, persediaan kita untuk melalui peringkat kehidupan akan datang yang mana hampir semua di antara kita merasakan masa itu sangat pantas berlalu. Buktinya semakin ramai di antara kita yang mengeluh "Haish, cepatnya masa berlalu..." , "Cubalah kalau aku dapat putar masa kembali..."


Ok, ok, saya harap kawan-kawan faham akan maksud saya sekarang (^^) sebab itulah saya ingin berkongsi pendapat dan teknik bagaimana untuk kita merasa "Hidup Lebih Lama" dan "Masa terasa lambat berlalu"... terlebih dahulu saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan antara punca dan kenapa kita merasakan masa itu berlalu adalah seperti berikut :-


1. Terlalu memberikan tumpuan pada kerja sehingga tiada masa utk menghargai diri sendiri dan masa.

2. Mengamalkan trend melakukan sesuatu perkara tanpa mengatur atau merancang masa.

3. Masa TIDUR yang tidak teratur.

4. Mengejar keduniaan dengan memberikan keutamaan kepada kehendak nafsu.

5. Tidak menjaga amal ibadah.

6. Memperbanyakkan aktiviti yang sia-sia.


Punca-punca ini adalah sebahagiaan daripada apa yang saya rasa dan lalui sendiri dan ternyata ada kebenarannya. Kawan-kawan sendiri ada pendapat masing-masing berkenaan punca kenapa kita merasakan masa itu terasa cepat berlalu, ini jelas menunjukkan kita semua sangat-sangat mengambil berat akan isu ini jadi di sini saya ingin berkongsi kepada anda cara "Petua Nak Hidup Lama"...


1. Memperelokkan Amal ibadah kepada Allah dengan selalu menjaga waktu solat kita dan sucikan diri dengan banyak membaca Al-Quran serta berzikir. InsyaAllah, setiap masa yang kita isi dengan beramal pada Allah bukan sahaja tidak sia-sia, malah kita dikurnia dengan pahala yang sangat banyak.


2. Aturlah masa sebaik mungkin. Seeloknya, menulis atau menyediakan jadual dan tetapkan setiap aktiviti mengikut aturan masa yang kita sendiri tetapkan. Dengan cara ini, insyaAllah masa kita sentiasa terisi dengan lebih terancang dan efektif.


3.Manjakan diri. (^^), (bukan mnja yang ehem2, k hehehe). Memanjakan diri di sini membawa maksud kepada, menjaga Kesihatan dan Kebersihan diri dan persekitaran serta mengawal cara pemakanan dan banyakkan beriadah. ( kawan-kawan fikirlah, takkan nak habiskan masa terperap dalam bilik atau wad hospital kan? ) ...


4.Aturlah masa tidur dengan sesuai. Jangan tidur pada lewat malam dan bangun lewat pagi, percayalah kalau kita bangun lambat, bila malam menjelma kita pasti akan merasa masa itu sememangnya sangat pantas belalu...lakukan dan mulakan aktiviti harian anda seawal pagi dan rehat secukupnya pada waktu malam (^^)v...


Ok!!, itulah antara petua-petua mudah untuk kita ingin hidup lebih lama. Pesanan ringkas ini saya kongsikan untuk tatapan kawan-kawan dan diri saya sendiri. Mudah-mudahan membawa kepada kebaikan, insyaAllah...semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati serta dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Aminn....


Salam sayang semua (^^)v....


-hafiz rustam-

No comments:

Post a Comment